Isnin, 2 September 2013

Modenas 118EFI


Bertempat di Pulau Pinang, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) membuktikan mereka mahu bersaing secara serius dalam pasaran dengan pengenalan teknologi terkini dalam produk mereka. 

Anda juga tahu. Pasaran Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara jiran iaitu Thailand. Di sana, motosikal dengan sistem suntikan bahan api bukannya berita baru. Tetapi di negara kita, teknologi itu tidak banyak didatangkan bersama motosikal kapcai.

Modenas tampil sebagai pengeluar motosikal kapcai pertama di Malaysia dengan teknologi itu. Model itu dikenali sebagai Modenas 118EFI. Bagi mereka yang kurang pendedahan, Modenas 118EFI datangnya daripada model Modenas CT. 


Sistem suntikan bahan api yang digunakan datangnya daripada syarikat Synerject. Komponen penyaluran bahan api itu membantu motosikal 118EFI untuk memenuhi standard piawaian emisi Euro 3. Kelebihan sistem pancitan bahan api adalah untuk jimat penggunaan petrol. 

Modenas 118EFI yang didatangkan dengan pilihan warna biru dan hijau menjadi motosikal pertama dalam segmen kapcai tempatan yang dilengkapi teknologi sistem pancitan bahan api.

Motosikal dengan dua pilihan warna (biru dan hijau) menggunakan enjin bersesaran 120cc dan kotak gear empat kelajuan. Dengan adanya sistem suntikan bahan api, satu tangki petrol penuh (4.3 liter) membolehkan 118EFI bergeraj sejauh 250 kilometer (km). Syarat untuk capai jarak itu mestilah...tunggang pada purata kelajuan 80km sejam.

Berita baik yang lain ialah tempoh jaminan. Modenas sudah tingkatkan jaminan pengeluarannya kepada 2 tahun atau jarak perbatuan 25,000km (mana-mana tiba dahulu). Tahniah kerana beri nilai lebih kepada pengguna tempatan.

Modenas 118EFI dijual pada harga RM4,755 seunit. Macam biasa, harga itu tidak kira insurans dan cukai jalan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan