Ahad, 1 September 2013

Honda Spacy Edisi Khas - Dark Knight


Boon Siew Honda secara senyap sudah menjual skuter edisi khas Honda Spacy. Motosikal automatik itu didatangkan dengan salutan cat warna badan baharu - emas dan hitam.

Pilihan warna emas dan hitam diadun bersama pelekat badan selaras dengan temanya iaitu  'perwira hitam perkasa.' Jika dalam bahasa Inggeris, namanya ialah Dark Knight.  

Enjin digunakan masih sama. Tiada pembaharuan. Enjin adalah jenis silider tunggal 110cc OHC. Spacy juga dilengkapi Teknologi Honda V-Matic. 



Boon Siew Honda mendakwa kombinasi teknologi dengan enjin itu boleh bantu anda capai jarak tunggangan sejauh 41.5km untuk setiap liter petrol. Catatan itu disandarkan kepada Mod ECE40. 

Jangan meletakkan harapan tinggi untuk mencapai angka itu jika menunggang atas raya sebenar. Data 41.5km itu adalah hasil ujian makmal.  Bukan ujian atas jalan raya sebenar.

Ciri standard lain:

* Sport rim 14 inci.
* Kebuk utiliti (Kebuk-U) berukuran 18 liter - di bawah tempat duduk.
* Tangki minyak 5.2 liter.
* Kotak hadapan - boleh memuatkan botol bersaiz 500ml dan barangan kecil lain.
* Fungsi tuas pengunci brek.
* Suis Tongkat Sisi - mematikan enjin secara automatik bila tongkat sisi diturunkan.



Jika tayar pancit, Spacy masih meneruskan perjalanan. Tapi bukan bermaksud berjalan jauh. Cuma lebih sedikit jaraknya berbanding tayar dengan tiub.

Harga jualan bersih skuter Spacy Edisi Khas ialah RM4,858.55. Ini belum kira insurans, cukai jalan dan caj-caj lain.

Jaminan diberi ialah 2 tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan