Jumaat, 26 Oktober 2012

KTM Duke 390 - Spesifikasi didedahkan


Belum reda lagi kehangatan Duke 200, timbul pula berita mengatakan KTM kini dalam perancangan untuk memperkenalkan satu lagi model Duke dengan kapasiti enjin lebih tinggi.

Merujuk kepada laporan dalam laman web zigwheels, model yang dikatakan bakal membuat debut di EICMA di Milan, Itali pada pertengahan bulan November ini (15 hingga 18 November 2012).

Ia mungkin dinamakan sebagai KTM Duke 390 - tujuannya untuk kekal selari dengan polisi KTM menamakan model-model keluarannya sebelum ini seperti 690 dan 990.

Zigwheels juga menyatakan spesifikasi enjin yang akan dipasang pada model Duke 390. Maklumat diberikan ialah:

  • Enjin silinder tunggal dengan empat injap bersesaran 375cc.
  • Penyampaian bahan api dibuat menerusi sistem suntikan.
  • Kerangka badan dan sistem suspensi digunakan sama seperti Duke 200.
  • Berat jentera kira-kira 150 kilogram.
  • Kuasa kuda maksimum: 45hp.

Model Duke 390 akan dihasilkan bersama dua adiknya iaitu Duke 125 dan Duke 200 di kilang berteknologi tinggi Bajaj Auto di Chakan, India sebelum dieksport ke pasaran dunia.

Laman web www.motoblog.it pula memapar berita sama dengan tambahan maklumat iaitu Duke 390 mampu mencecah kelajuan 200 kilometer sejam. Motosikal naked ini dijangka boleh didapati menerusi rangkaian pengedar mulai Mac 2013.

Saya tidak begitu pasti sama ada KTM akan membawa masuk Duke 390 untuk pasaran Malaysia. Anda semua tahu majoriti penunggang motosikal kita memiliki lesen B2 yang mana had maksimum jentera dibenarkan ialah 250cc. 

Kawasaki Malaysia tidak membawa masuk Ninja 300 disebabkan had lesen B2. Sebabnya, jika anda sudah ada lesen B, mahukah berbelanja untuk membeli motosikal ini? Atau lebih baik dapatkan model bersesaran besar seperti Kawasaki Z800.  

Kredit sumber berita: zigwheels
Kredit gambar: zigwheels

2 ulasan:

  1. bukan semua pemegang Lesen B Full manyak luit... so ada la pembeli 390 ni...suda semestinya mcm den ni ada B full tp luit talak manyak hahahha

    BalasPadam
  2. betul tu bro. Kalu ada lesen, duit belum tentu cukup. Kalu ada duit lbh dan lesen B Full, baik angkat cc lagi besar.

    Oh ye....Dengar khabaq Ahad ni KTM akan lancar Duke 390.

    BalasPadam