Isnin, 24 Mac 2014

Hyosung EXIV 250 bakal cabar KTM 200 Duke?


Tidak lama lagi, ada sebuah model naked 250cc bakal menemui anda semua di kedai-kedai berhampiran. Model yang saya maksudkan ialah Hyosung EXIV 250 dan motosikal itu berada di tangan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk melepasi ujian dan pemeriksaan.

Siapa yang membawa masuk model ini? Kemungkinan besar ialah Naza. Andaian saya ini disandarkan kepada sejarah Hyosung sebelum ini. Apabila masuk sahaja Malaysia, nama Hyosung dilabel semula kepada Naza. Tunggu dan lihat sahaja sama ada benar atau tidak.



Apabila meneliti setiap inci model itu, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah rekaannya iras-iras KTM 200 Duke. Skema warna memang kegemaran saya. Hitam, kelabu dan putih. Jadi saya mula membuat sedikit kajian dalam internet untuk pelajari pasal motor ini.

Memang sah! Beberapa portal berita luar negara mengesahkan Hyusong EXIV 250 adalah pesaing langsung KTM 200 Duke. Malah ada yang melaporkan, harga Hyosung ini lebih murah daripada KTM 125 Duke. 

Mungkin strategi letak harga rendah satu faktor mencetuskan saingan sengit. Di Malaysia, saya akui, soal harga memainkan peranan penting untuk mana-mana jenama motor. 


Sekadar ingatan, jangan pandai jual motor tetapi servis macam sampah. Sparepart susah dapat. Motor baru pun banyak masalah. Ini semua akan susahkan pembeli dan lama-kelamaan, busuk sesuatu jenama.

Kembali pada Hyosung EXIV 250, model itu sebenarnya ada ditayangkan sempena Pameran Motor Milan (EICMA) pada November 2013. 

Mengikut laporan portal-portal luar negara, Hyosung EXIV 250 dikatakan ada berkongsi karakter macam KTM 200 Duke khususnya dari segi kelincahan, output kuasa dan rekaan.

Casis EXIV 250 memainkan peranan penting menyerlahkan aspek futuristik model ini. 

Ada tiga warna pilihan jika dilihat pada laman web Hyosung. Agak lawa warnanya iaitu hitam, merah dan biru.


Cuma yang nampak buruk benar bagi saya ialah tangki minyaknya. Agak nipis dan tinggi. Tempat duduk pula rendah. Boleh senak nanti...faham-faham jelah. Harap-harap andaian saya ni salahlah.

Di bawah ini, ada spesifikasi EXIV 250 dan galeri gambar. Dipersilakan.... 

Galeri gambar:































Spesifikasi
Enjin: Silinder tunggal DOHC, empat lejang
Sesaran: 249mm
Gerek x Lejang: 73mm x 59.6mm
Nisbah mampatan: 12:1
Kuasa maksimum: 28.5Hp @ 8,500rpm
Tork maksimum: 26.1Nm @ 7,000rpm
Transmisi: Enam kelajuan
Panjang: 1,937mm
Tinggi: 1,055mm
Lebar: 800mm
Jarak roda: 1,340mm
Ketinggian pelana: 780mm
Brek hadapan: 300mm, dua piston
Brek belakang: 230mm, 1 piston
Fork hadapan: 37mm USD (Upside Down)
Suspensi belakang: Monoshock boleh laras
Saiz tayar depan: 110/70 ZR-17
Saiz tayar belakang: 150/60 ZR-17
Tangki petrol: 11 liter
Berat: 140 kilogram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan