Sabtu, 14 September 2013

Yamaha Lagenda - Generasi Kelima

The Uncatchable Bike

Benda ini berjaya curi perhatian saya ketika berada di majlis pelancaran model terbaharu Hong Leong Yamaha Motor di Subang.

The Uncatchable Bike ialah Yamaha Lagenda 115Z. Saya bertanya pada seorang rakan yang ada di majlis sama:

Saya: "Susah sangat ke nak kejar motor ini?" 
Dia jawab: "Mesti laju punya...."  
Seorang lagi tetiba menyampuk: "Polis pakai Ninja pun tertinggal bro."

Jangan marah ye Hong Leong Yamaha Motor kami dah penat tunggu selama 2 jam setengah untuk majlis bermula ya. Mengantuk pun ada. Jadi, nak juga hidupkan suasana yang bosan.


Lagenda yang dilancarkan itu ialah generasi kelima. Bentuk model baharu ini ada keunikan tersendiri pada pandangan orang lain. Jika tanya saya, jawapannya...malas nak komen.


Anda semua mungkin sudah terbaca atau terdengar, Lagenda ini menggunakan sistem suntikan bahan api. Maka, beberapa komponen dalam enjin perlu ditukar dan ditambah.

Ini model kedua Hong Leong Yamaha Motor yang guna sistem suntikan bahan api selepas FZ150i. Sebelum ini, Modenas juga ada tampil dengan model EFI.

Generasi baharu Lagenda 115Z didatangkan dalam tiga varian. Yamaha Lagenda 115Z ada dua varian - sport  rim atau rim jejari. Satu lagi ialah Lagenda 115ZR.  Model 115ZR ada beza dengan varian 115Z.


Beza 115ZR ialah model itu ada panel meter yang bercahaya lampu LED biru, suspensi belakang ada tabung udara, perehat kaki boleh lipat dan tempat simpanan barang berlampu di bawah tempat duduk.

Lampu hadapan dan belakang diubah. Lampu isyarat membelok belakang sudah diasingkan dengan lampu brek.

Barang lain ditukar ialah penghadang angin, meter, pemegang tempat duduk belakang dan ekzos. Ruang simpanan barang di  bawah tempat duduk telah ditingkatkan saiznya.

Harga Lagenda 115Z seperti berikut.
1. Lagenda 115Z  (rim jejari dan penendang kaki)     :  RM4,792
2. Lagenda 115Z  (sport rim dan penghidup elektrik) :  RM5,168
3. Lagenda 115ZR                                                          :  RM5,410

Itu harga belum masuk insurans dan cukai jalan, Jaminan diberikan hanya satu tahun atau jarak perbatuan 10,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu).

Kolesi gambar:
















Perincian bahagian:

















 






Bahagian sistem suntikan bahan api:
















Komponen enjin baharu:





































Sesi tunggang uji: Akan datang tidak lama lagi


1 ulasan:

  1. Slm bro..
    Saya nk mnta pndpt u..

    Nak beli motosikal yg sesuai..
    Antara pilihan saya
    1, Lagenda 115 fuel injection
    2, honda wave 110 R & S
    3, honda Future
    4, yamaha LC 135

    Jarak tmpt kerja +/- 120km pergi balik sehari/... +/- 600km 5 hari bkerja

    Maintenance blnn yg sederhana( low cost)
    Spare part yg bnyk

    @ U ada model yg lbh baik dr list saya?

    If dh beli, apakah cadangan @ tips yg bgs utk moto itu
    Cth mnyk itm yg sesuai, plug yg sesuai,

    Tq

    BalasPadam