Ahad, 1 September 2013

Honda Spacy MMC


Sesudah memperkenalkan Spacy Edisi Khas, Boon Siew Honda tampil dengan solekan empat pilihan warna untuk jentera skuter sama.

Skim warna yang dikatakan kontemporari itu ditujukan khas untuk penunggang motosikal
biarpun yang muda atau sudah berpengalaman dalam dunia dua roda.


Pilihan warna dimaksudkan ialah Merah Lincah, Biru Vital Metalik, Emas Metalik Mewah dan Putih Mutiara Metaloid. 

Dalam bahasa mudah tanpa perlu berbelit lidah menyebutnya, senarai warna ialah Biru, Merah, Emas dan Putih. Mengapa mahu susahkan perkara yang senang?


Seperti biasa, naik taraf lazim di Malaysia ialah tukar warna sahaja. Sama seperti model Spacy. Enjin masih sama iaitu silinder tunggal 110cc OHC dan Teknologi Honda V-Matic. 

Harga jualan Honda Spacy MMC ialah RM4,761.90 (harga sama seperti model Spacy sebelum ini). Itu belum masuk insurans dan cukai jalan. Jaminan ialah 2 tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan