Jumaat, 8 Februari 2013

Prius c TRD Sportivo



Prius c kini kelihatan lebih sporty dengan padanan pakej TRD Spotivo. Varian terbaharu itu baru sahaja ditawarkan untuk anda oleh UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota).

TRD (Toyota Racing Development) ialah bahagian di bawah Toyota Motor Corporation yang ditugaskan untuk membangunkan komponen berkualiti dan berprestasi tinggi bagi kenderaan Toyota. 

Untuk model Prius c yang ditransformasikan kepada varian Prius c TRD Sportivo, ia hanya membabitkan transformasi reka bentuk luaran. Pendek kata, sekadar menambah spoiler dan kit badan sahaja. Enjin dan sistem suspensi tidak diusik.

Bahagian hadapan dilengkapkan dengan bampar TRD Sportivodan lampu LED DRL (Daytime Running Lights). Gril diberi salutan cat warna hitam supaya kelihatan lebih besar.

Tindakan memasang kit badan pada bahagian sisi membuatkan kereta hibrid itu kelihatan rendah. Pandangan belakang mendapati sudah ada bampar dan set lampu belakang rekaan baharu.

Buka pintu dan anda akan dapati ruang kabin sama seperti apa yang ada dalam Prius c. Bezanya hanya jahitan benang biru pada pelapik lantai. Biru itu dipilih untuk bagi menandakan tema Toyota hibrid. 



Semua aksesori TRD Sportivo Prius c tidak dijual secara berasingan. Prius c TRD Sportivo ditawarkan dengan empat pilihan warna - putih mutiara, hitam, perak metalik dan merah. 

Harganya: RM103,990 seunit di atas jalan termasuk insurans. 
Jaminan: Tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan