Jika dilihat pada namanya, mungkin ada yang beranggapan ia sebuah model baru. Hakikatnya, ia hanya model CBR250R yang ditambah pilihan warnanya. Anda kini ada empat pilihan tema warna baru iaitu Tri-co, Repsol, Mugen dan Hitam.
CBR250R dikuasakan dengan enjin empat lejang (silinder tunggal DOHC) berserta sistem sejukan cecair. Penyampaian petrol ke dalam kebuk pembakaran dibuat menerusi sistem suntikan PGM-FI. Maknanya, penggunaan petrol lebih efisien.
Sistem injap CBR250R dilengkapi lengan jumpelang untuk meningkatkan kecekapan pembakaran dan inilah motosikal DOHC pertama menggunakannya.
Bagi mengawal kadar emisi karbon, seunit sensor digabungkan bersama sistem induksi udara terbina dalam (AI) dan sebuah pemangkin yang dipasang dalam paip ekzos bagi memenuhi peraturan emisi Euro 3.
Anda ditawarkan dengan pilihan sistem brek gabungan ABS. Sistem itu berfungsi dengan mengguna pakai brek cakera hadapan (296mm) dan belakang (220mm) secara serentak untuk meningkatkan keupayaan membrek.
Kestabilan tunggangan CBR250R disempurnakan dengan adanya sistem suspensi Pro-Link. Pro-Link ditempatkan di bawah penyerap hentak tunggal belakang.
Harga:
Tri-co Racing: RM19,999
Repsol Grand Prix: RM20,499
Mugen Motorsport: RM20,499
Juara Hitam: RM19,499
Jika ingin membaca pelancaran CBR250R dan tunggang uji sportsbike Honda, klik sahaja.
Juara Hitam |
Tri-co Racing (HRC) |
Mugen |
Repsol Grand Prix |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan